Tuesday, March 31, 2009

Barangan Mainan "Budin"

INilah barang mainan Budin yang diberikan oleh peminat setia beliau iaitu klien beliau sendiri..jika anda tekan buton yg macam lambang transformers kat belakang keta kuning tue..kereta tersebut akan bergerak dengan sendirinya dengan meluncur laju ke hadapan...

Ada sorang geng kursus sama ngan aku yang nama sebenarnya adalah En.Sahafudin yang lebih kami kenali sebagai Budin..Beliau berasal dari PKMD Gombak...tempat aku praktikal skang nie...dipendekkan citer aku skang nie dok kat meja c Budin..dan aku ternampak permainan yang agak menarik minat aku..menurut En. Shahrul rakan sepejabat Budin...mainan ini diberikan oleh klien Budin sendiri...dan...dan...dan...Beliau akan marah sehingga menghentakkan kepala lutut beliau ke dnding Restoran KFC sekiranya salah satu dari barang mainan ini hilang atau beralih kedudukannya...

Monday, March 30, 2009

Gombak..Tempat Pertapaan.


Inilah tempat aku bertapa dan mempraktikkan jurus tertinggi kerja sosial merangkap kerja kebajikan yang aku pelajari selama 2 bulan di Gunung ISM..berhampiran Gua Sg Besi...

Aku sekarang sedang bertapa di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Gombak selama 2 minggu bermula semalam 30.03.2009 sampailah jumaat minggu depan untuk mempraktikkan kehebatan jurus-jurus kerja sosial yang aku pelajari dalam menjadikan aku seorang pekerja sosial yang profesional serta mempunyai daya kerja yang jitu serta mutu daya keunggulan...bukan adik beradik Mutusamy A/L Tunggulan..seperti yang di war-warkan oleh MEnteri aku...Dato' Ng Yen Yen.."kita akan melahirkan pekerja sosial yang profesional di negara kita menjelang subuh..eh..menjelang 2010..."

Ini pula orang2 yang datang untuk menyaksikan aku mempertontonkan kehebatan membayar wang kebajikan agihan kerajaan untuk mereka yang memerlukan...depa ni klien di PKMD Gombak ni sebenarnya...

Peningkatan ilmu Jurus Kerasuahan

Aku dengan gaya Ketua Pengarah SPRM...ingat lak masa aku jadi Ketua Pelajar SMK Pasir Besar dulu...Heheheh...

Kami geng2 Makushakashitad sedang membuat kemunculan sulung di hadapan SPRM Putrajaya untuk mempelajari jurus rahsia kerasuahan...

Kami yang sedang bergabung masih lagi dapat mengekalkan identiti rahsia kumpulan kami yang akhirnya berjaya merampas jurus tertinggi dalam ilmu kerja sosial..

Kami akhirnya di kerah bersama peserta kursus yang lain untuk mempelajari turus tertinggi ilmu kerja sosial yang menetapkan nilai integriti pekerja sosial. Dalam mempelajari kerahsiaan tersebut..satu insiden yang amat memalukan aku telah berlaku..kalo korang nak tau apa yang terjadi...korang singgah lah kat blog Khalis..Beghonti Sejonak...walaubagaimanapun..kami berjaya mencuri jurus tertinggi kerahsiaan mengenai kerasuahan yang semakin berleluasa di negara ini dengan amat jayanya...

Aku dan kalis di hadapan barangan artifak kumpulan Makushakashitad yang kini dijadikan peralatan canggih SPRM untuk mengesan perasuah-perasuah...antara barangan kami yang kini digunakan oleh SPRM adalah...Labu Sayung??!!...

Sunday, March 29, 2009

RSK Tanjong Rambutan

aku,ustad dan member2 kursus di hadapan bangunan Rumah Sri Bahagia di kaki gunung Kabupaten...Gopeng, Silver State

Aku dan kehijauan alam bagai tak dapat dipisahkan...aku kat signboard RSK Ulu Kinta...dulu ddikenali RSK tanjung Rambutan.

Aku dengan gaya profesional menerangkan kepada kawan2 fungsi tilam air tue..sah2 korang kene goreng ngan aku..hahaha..tapi sempoi..tilam tu harga dia > RM 5 ribu.ada 10 set tilam cam tue kat NGO tue..ni kat rumah Sri Bahgia tau..

Aku tengah menahan sakit perut..dalam perjalanan ke RSK Tg Rambutan nie..

27.03.2009...peserta kursus suma kene p lawatan. kitorang di pecahkan kpada 2 kumpulan. 1 kump ke RKK Kuala Kangsar dan 1 kump ke RSK Ulu Kinta. maknanya geng2 amkushakashitad terbahagi 2...kami terpaksa pasrah..aku yang asalnya kene p RSk sorang2 akhirnya ditemani oleh ustad dengan tahap keprihatinan dan setiakawannya yang tinggi..thnkz ustad..masa p aku sakit perut tahap gaban menebabkan idea n mood aku hilang untuk tempoh 48 jam akan datang...apapun korang belek jelah apa yang dah aku post kat cni...

Saturday, March 28, 2009

Muhammad Nur Ikhwan..

Salam..Hai..nie masa umo saya 1 hari kat Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kualo Pilah..saya lahir pada 17.11.2007 tau...

Ni lak saya ngan ummi sebelum kuar dari spital 2 hari lepas saya lahir..

ni bukan ET lah..sayalah ni masa baru umo 7 hari 7 malam 7 jam 7 minit 7 saat...

yang ni masa ari ayah saya wat kenduri cukur jambul saya...baru 1 bulan umo saya nie...


tengoklah...6 bulan saya dah belatih jadi askar..


ni la rupa saya bila dah stahun...pandai bawak keta dah pun...ayah saya kene dok kat sebelah jer masa nie...tak dapat bawak keta dah sebab saya yang konker stereng tue..

Mana Aku?..

Kalo korang terer korang teka aku yang mana satu..ni gambar masa aku muda-muda dulu..clue dia senang jer...aku dulu adalah penyanyi rock berkumpulan...

Friday, March 27, 2009

Pengucapan Awam

aku tengah menyampaikan pengucapan awam masa tahun 2008 dulu...sapa nak tengok yg d latest contact aku tau...inilah antara calon pemimpin dunia yang akan datang...

27.03.2008...jumaat..Aku kene wat pengucapan awam untuk kali yang ke 2 dalam hidup aku..kali nie tajuk yang diberikan dalam senarai yang boleh aku pilih dan telah dipilih oleh aku adalah...Kepincangan institusi kekeluargaan.Salah Siapa?..patutnya akunya P.A ni 2 ari lepas tapi penyelaras cancel coz ktorang p lawatan kat putrajaya..dpendekkan cite aku yang memang dah kenal apa itu microfon dan berhadapan dengan audien yang ramai secara bersahaja "menggoreng" member2 kursus dengan P.A aku yang agak penuh dengan fakta dan tak lupa juga dengan auta...cam besalah...kalo kita dah bagi yang d best..ganjaran mesti d best gak...hati aku puas coz dapat "big clap" dari semua rakan kursus...hahaha...dpa tak tau dpa dah kna goreng...aku cuba nak upload video P.A aku yang MARIN amik..tapi masih belum berjaya...takpe..aku akan cuba n terus mencuba untuk kepuasan hati korang.
P/S:,,Abg Kus tak pueh hati coz aku bidas secara direct pendapat dia masa dia wat P.A ari tue...Hi3..rampasan kuasa akan berlaku Ronkuz..

Tuesday, March 24, 2009

Kepak Ker Kaki Ayam

ari ni makan kat dewan disediakan oleh Subang Caterer coz Ism nye staff tengah cuti lani...dijadikan cerita depa punya serve...Ya Robbi...payah nak habaq...camni jela. dipendekkan cite tadi aku mintak punya la elok berbudi bahasa lembut gigi dari lidah kat ader sorang brother tu...aku dah nampak kepak ayam dok kat atas skali...nk amik depa dah cedokkan,..so kna la mitak depa tolong amikkan.aku mintak la kepak yang aku nampak tue...dan-dan bro tu leh lak cakap "kepak ayam dah abih"...aku dengan hati yang agak kecewa dengan kehampehan jawapan bro tue trus je sound sambil menunjuk kat kepak tu "mak saya ajar, kepak ayam yang nie.." then aku trus p sebelah amik sayur lak..kebetulan blakang aku kalis n ustad..ustad dapat lak kepak tue..aku trus perli bro tue kat ustad... "ustad..yang ko dapat tue bukan kaki ayam ker"...hahahaha.....
tula resam dunia...orang berbudi kita berbahasa....orang wat t**k kita bagi la smula...

Sunday, March 22, 2009

Keluarga Bahgia

Semoga Allah mengekalkan kebahagiaan kami dunia & akhirat...Amin
P/s Gambar di ambil di Hotel Berastagi, Sumatera Utara Indonesia

Inilah keluarga Bahagia milik Insan bernama Shahril..aku la tue..Perkenalan yang bermula di sekolah start dari tingkatan 1 antara aku dan isteri Nur Earna terus membawa kami ke jinjang pelamin dan hasilnya kini lahir lah seorang anak comel penambah kebahagiaan c Muhammad Nur Ikhwan yang kini berusia 1 tahun 3 bulan... semoga kami akan terus bahagia serta dilimpahkan rahmat,rezeki dan kesejahteraan dunia sampai la akhirat..

Saturday, March 21, 2009

Rindu Ummi & Ikhwan

Nilah dua insan kesayangan hamba... Ummi Nur Earna & Ikhwan c kcik yang nakal

Ari ni ahad...minggu nie aku tak balik kampung. tapi takder wat paper xtvt...boring lak rasa dok sini berhujung minggu coz sejak kursus nie tiap minggu aku balik kampung.. lepaskan rindu kat ummi kepada anak aku ikhwan yang dah tentunya isteri aku dan jugak c kecik yang comel n manja setiap masa tue... tapi apa leh buat, nak isi minyak keta pun tak lepas...tengah nak jimat duit la katakan. bulan depan hajat nak wat kenduri akikah untuk anak aku tue... moga di perkenankan Allah...Amin..Kursus pun lambat lagi nak abih..apa leh wat. sobar yolah jang oiii....

Keta Ustad Rosak & Air Buah Jambu Batu

Cak...aku kat landskap kolam ikan Kompleks Penyayang Bakti Sg Buluh

masing-masing dengan gaya nekanik yang poyo...padahal tau basic je pasal enjin..macam expert je ktorang kan...

inilah air buah jambu batu Sg Buluh. yang kanan tue air biasa..yang kiri tu air special yang dah dicampur asam buah..

Ari sabtu 21.03.2009 aku,ustad,marin dan kalis menerima pelawaan dari As,peserta kursus yang sama untuk menghadirkan diri ke Kompleks Penyayang Bakti Sg Buloh yang terletak agak-agak setengah jam perjalanan menaiki kereta dan 4 jam perjalanan kalau jalan kaki. Kami pergi 2 kereta dengan menaiki kereta Kamarul dan ustad.Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan dan keadaan jalan jem kereta ustad "naik marah" (temperature naik) sebanyak 2 kali kerana kereta honda ustad yang manja nie tak pernah tersekat dalam jem. kami terpaksa berhenti agak-agak 15 minit di Taman Shamelin Perkasa da membuat muka poyo masing-masing kerana cover malu tersangkut tepi jalan.hihihih...
Lepas keta ustad dah stabil semula aku amik alih jadi drebar lak coz aku nie taklah expert, tapi besa gak la ngadap jalan jem nie.. 15 minit lepas berhenti tu kami sampai ke destinasi dengan selamatnya.Masa balik kami terjumpa air buah jambu batu yang memang kitorang tak penah jumpa sebelum nie. dengan hajat kalis yang meleleh air liur tengok air buah jambu batu tue aku pun turun membeli dengan di belanja oleh kalis...dan setelah merasa air tue.. aku bagi 4 star dengan kesedapan rasa air tu.So, sape-sape yang lalu kat pekan Sg Buluh tu kot terjumpa air bauh jambu batu, jangan ragu-ragu untuk membelinya kerana ianya di jamin sedap...

Mu Kalah lagi



Minggu nie aku tak balik kampung berhujung minggu coz duit gaji dah tinggal paras hidung 'jer'.
So, pada malam sabtu 21.03.2009 kebetulan ada perlawanan bola sepak EPL antara pasukan Manchester United Vs Fulham. aku dan Kalis yang memang Kipas Susah Mati (Die Hard Fan) MU beserta Sam yang menyokong Mu dari belakang pergi menonton perlawanan tersebut melalui Astro Super Sport di kedai mapley yang berhampiran dengan ISM.perlawanan berkesudahan 2-o dengan di menangi oleh Fulham melalui sepakan oleh kapten (Danny Murphy) tak silap aku setelah Paul Scholes berlagak mahu menjadi keeper dengan menampan bola menggunakan tangan dengan lagak ala Van Der Sar yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Fulham. Scholes pula dikenakan kad merah atas kekurang pandaiannya itu. Gol kedua Fulham di jaringkan oleh Gera dengan sepakan gunting yang amat menarik... walalu apapun, kredit aku berikan kepada Park Ji Shung yang boleh lah aku kira Pemain Terbaik Perlawanan pada malam tu kerana memberikan persembahan yang begitu bertenaga. Akibat kekalahan kedua MU berturut-turut Shidi yang merupakan penyokong kuat Liverpool mengajak aku untuk melupakan Mu dan beralih menyokong pasukan T. Team atau Harimau Muda..Apapun, aku dan Kalis tetap setia bertempik sorak bila Red Devils berjaya menjaringkan gol. Macammanapun, bagi aku yang terbaik adalah Liga Super dan Liga Malaysia coz..... aku kan orang Malaysia..
Majulah Bolasepak untuk negara...

MAKUSHAKHASHITAD

Inilah Makushakhashitad.. berdiri dari kiri Khalis, Shidut, abg Kus,aku Shahril, Ustad NirOne & MCMrinz. Duduk dari kiri Bidi & Adli..

Inilah Makushakhashitad yang kepala gila-gila ala samseng 60'an tapi berhati kebajikan.

Semenjak dan sepanjang Kursus ni kami telah mengalami terlampau banyak idea kerana mendapat banyak ilmu yang dicurahkan melimpah-limpah, sehinggakan kami telah terkeluar idea yang tidak disengajakan. Kami telah menubuhkan satu kumpulan yang disegani di dalam kelas kami sewaktu berkhusus. Idea tersebut adalah timbul kerana barisan kami yang duduk di belakang telah terlampau hyper aktifnya dengan memberi respon sewaktu kursus, kami telah menggabungkan nama kami, Marinds, Kuswadi,aku Shahril, Khalis, Shidi, Ustad sehingga menjadi MAKUSHAKHASITAD. Dua orang ahli baru kami ,barisan yang duduk di depan kami adalah dilantik sebagai AJK kami iaitu Adli dan Midi a.k.a Jambu. Kewujudan kumpulan MAKUSHAKHASITAD ini juga amat digeruni dalam kepakarannya didalam permainan bola tampar dan bola sepak, dimana kami telah membuat rekod tidak pernah kalah semenjak berada di ISM sini. Kami juga dilihat oleh peserta kursus yang lain sebagai amat menggerunkan kerana kehavokan kumpulan kami yang sentiasa menimbulkan huru-hara dan menghidupkan suasana ketika di dalam kelas.Selain itu, walaupun nampak ganas, tetapi kumpulan kami ini mempinyai displin yang sangat tinggi dan tidak pernah datang dan lewat masuk ke kelas, kerana didalam hati kami sudah terapkan nilai "Panctual every time". sekian dulu laporan kewujudan kumpulan kami MAKUSHAKHASITAD.

kalis di kejarkan ke spital

Team Kursus sempat berposing meraikan kemenangan manakala Khalis sedang menahan kesakitan sebelum di kejarkan ke spital.

MU & Liverpool bergabung membantu khalis yang sedang separa sedar a.k.a mayong..pemain tongak team kursus Shidi torres(kanan) dan penjaring gol perlawanan ni..aku la Shahril Teves..

Hari Khamis lepas 19.03.09 kami pserta Kursus Asas Sosial mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di padang STB Sg Besi dengan Pasukan JKM Wilayah.Perlawanan berjalan dengan sengit sekali. Pasukan kami mendahului 1-0 pada minit yang ke 25 dengan gol yang dijaringkan oleh Aku sendiri, gol penyamaan oleh pasukan lawan 7 minit selepas itu menjadikan kedudukan seri 1-1, sebelum berakhir perlawanan kami mendahului sekali lagi dengan gol sendiri pihak lawan hasil dari bola lintangan aku yang mencari Asrin lalu terkena oleh pemain pihak lawan yang di kenali dengan nama Joko menjadikan kedudukan 2-1. Dengan keadaan tertekan untuk memenangi perlawanan tersebut Pasukan Wilayah banyak beraksi dengan aksi yang agak keras sehinga menyebabkan lastman kami yang juga ahli kumpulan MAKUSHAKASHITAD iaitu Kalis telah di bentes dengan kasar sehingga menyebabkan beliau terpaksa di usung keluar padang dan terus dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dalam keadaan yang tidak berapa sedarkan diri. perlawanan terpaksa dihentikan dengan serta merta.Walaubagaimanapun pasukan kami dikira sebagai pemenang.ini adalah perlawanan kedua setelah kami memenangi perlawanan menentang staf ISM dengan keputusan 3-2.Kami ahli kumpulan Makushakhashitad telah menghantar kalis ke HUKM dengan dibantu oleh En. Lan Bo ketua consultant utk xtvt petang kami.Menurut maklumat awal dari pembantu perubatan menyatakan yg Kalis mungkin terpaksa tido dalam wad, namun pemeriksaan lanjut oleh doktor membolehkan kami semua pulang ke ISM pada jam 2 pagi..Sebona eh kalis yang dogil nak balik....

Perlawanan bola tampar

sessi pemanas badan dijalankan walaupun hujan renyai..aku,shidi dan pojie memakai shower cap utk mengelakkan dari demam daa...

abg kus dengan aksi terbang ke awan untuk membuat spike hasil bola yang aku set yang menghasilkan mata penamat untuk kemenangan team kami..

Kami Menang!! itulah jeritan pasukan kami apabila sudah memenangi perlawanan bola tampar berentap dengan pasukan junior kursus kami iaitu peserta KURSUS SOSIAL di ISM semalam. Keputusan 15-2, 15-10 telah dimenangi pasukan kami dengan penuh bergaya. Ternyata pasukan kami yang majoritinya di wakili oleh kumpulan Makushakhashitad. Dalam suasana hujan renyai-renyai telah mengiringi pasukan kami menang mudah tanpa ada cabaran spike dari pasukan lawan. kemenangan ini membuatkan pasukan kami yang tidak pernah tewas kepada mana-mana peserta kurus yang lain semakin digeruni.
Selamat maju jaya buat pasukan kami huhu..

Kene "sekolah"

aku dan geng makhushakhashitad yang sedang khusyuk? mendengar ceramah pasal bencana alam

nie member lain dengan gaya konon cam paham yang sebenarnya memang langsung tak paham...wayang jer suma nie..hahahaha.....

Aku kini sedang berkursus di Institut Sosial Malaysia Sg Besi K.Lumpur. Kursus asas keje sosial aku folow nie adalah selama 3 bulan bermula dari 3 februari 2009 sampilah 24 april 2009 nie. so maknanya akan banyaklah keje tertunggak aku kat opis tue yang sampai pencen nanti pun takkan setel... selagi blum tutup mata...kerja,kerja,kerja.....

Friday, March 20, 2009

Salam Pengenalan

Ahli-ahli kumpulan MAKUSHAKASHITAD dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedang berkursus selama 3 bulan di ISM Sg Besi, KL. Aku berdiri 3 dari kanan berbaju biru lengan panjang... Yang kocik tu la...


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat datang.....

Salam pengenalan dari saya, Shahril Azmi Bin Johar, Suami kepada Nur Earna Bt Mohd Nor dan Ayah kepada Muhammad Nur Ikhwan Bin Shahril Azmi...