Wednesday, April 29, 2009

Aku & ISM dalam kenangan..


nilah rupe aku kat majlis konvokesyen KAKS 1/2009 setelah berjaya meninggalkan kenangan yang agak lucu tahap asbestos dengan membotakkan diri sendiri 2 hari sebelum majlis ini berlangsung
24/04/2009- hari konvokesyen KAKS 1/2009..bermakna hari terakhir aku menetap di ISM sebelum meninggalkan ISM dan membawa segala kenangan pahit manis suke duke dalam 3 bulan hidup berkursus..& Bilik keramat 102 akan dikenang sampai bila2..bilik yang dah jadi Wad 102 bila aku demam sminggu..N Kalis terlantar setelah kuar dari HUKM, juga bilik yg En.Desa Gelar Bilik Kongsi Gelap 102 coz segala apa perancangan utk Makushakashitad akan bermula di bilik 102 sebelum bertukar menjadi Studio 102 apabila kami bertungkus lumus menghasilkan video malam mesra & majlis penutup. jugak menjadi Kedai Gunting Rambut 102 yang aku gunakan utk menggunting rambut rakan-rakan sekursus sebelum menjadi saksi a/bila aku berjaya membotakkan diri sendiri tanpa sengaja...segalanya disini..juga satu kenangan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila antara aku, Makushakhashitad, kursus, ISm dan tak lupe rAkan-rakaN seJawat sEkalian...

Pendrive Aku Hilang...

Aku dok pusing-pusing nak wat kojo tadi baru terperasan pendrive yang kaler Biru 2 gigs aku tu dah ilang..seingat aku balik dari ISM memang aku tak penah jumpe lagi harta dunia aku tue...so...kepada kawan-kawan yang mungkin ader terambik, tersimpan, terpegang, tercuri,terpinjam, tersonglap, tertibai, teroket pendrive aku tu harap boleh hubungi aku..aku bukan nak pendrive aku tue..tapi aku nak data yang dalam pendrive aku tue..data penerima bantuan JKM tu..sama-samalah kite berkhidmat untuk kebajikan...

Malam Mesra D'Ism

Agak lama gak aku tak update blog nie..dah sminggu aku tinggalkan ISM n geng Kursus tapi blog aku tetap la camtu gak..xper..aku cube curi masa dalam ke'busy'an aku ngan keje utk aku update blog nie utk santapan korang rakan-rakan aku skalian...so,kali nie aku nak citer pasal malam mesra KAKS 1/2009 pada 18 April 2009 yg lalu..korg tengoklah sendiri apa yg aku attachkan kat bawah nie..

geng2 lelaki tengah dok bergambar sakan dgn sifu En.Desa. eng Makushakashitad cam besala...kompom port blakang skali...

Geng yang ni takyah lah aku perkenalkan lagi..mane boleh ketinggalan nak bergambar..a/way thanks to sifu kerana telah menjadikan aku tinggi sikit dalam gambar nie..kot tak gambar lain kompom takder sape leh lawan 'ketinggian' aku..

aku ngan member kumpulan 6..ktorang wat persembahan pakaian orang kawen & dapatla tempat ke-2 terbaik utk mlm tue..


camne gambar nie leh terlepas lak nie..mesti aku dah tersalah upload nie..takper kira halal la tue..apa la yg c Kalis n Ustad dok tunjuk2 tu kan.korg pikir lah sendiri

ha...camni baru lah gaya org amik gambar..Ustad n KAlis dgn gaya hulubalang Istana Pura-Pura..aku dah tentulah Raja Istana Pura-Pura...bukan InderaPura tau..

sampai hati korang aku sebegini punya hensem korg suh jadi tukang sapu..terpaksala aku mempraktikkan kembali keje lama aku sebagai cleaner Maclean...

Sunday, April 12, 2009

Thanxz to PKMD Gombak

kami bergambar kenangan dihadapan kaunter dan signboard PKMD Gombak..aku masih lagi mengekalkan identiti rahsia sebagai seorang pekerja sosial yang profesional disebalik baju melayu hijau ku itu..


aku sedang menyalurkan power secara rahsia sementara najmi@remi@mun sedang mempraktikkan kerja lama beliau sebelum di ambil bekerja di JKM iaitu...panjat pokok kelapa??...

Setinggi tahniah dan trimas atas penerimaan dan tunjuk ajar staff PKMD Gombak sepanjang tempoh 2 minggu aku di sana.banyak perkara yang kami bertukar pendapat dan bincangkan untuk memajukan JKM demi rakyat miskin di Malaysia.
P/S : thnks to Unit EB : En.Kushiar,En.Sumitro,En.Shahrul,En.Firdaus,En.Zul,En.Remy.Pn
Shidah @ kak Teh, Pn.Ina & Pn.Faiza.
Unit OKU : En.Hashim,En,Seimi,En.Man,En.Hafiz & Cik.Erena
PKMD @ Boss : En.Ishak & semua yg terlibat.
Tak lupa juga kpd Warung Wak LEman kerana menjadi port utk kami minum pagi sepanjang ami bertapa di Gombak..

Saturday, April 11, 2009

Theater & Filem Terulung...Makushakhashitad kembali

Inilah banner @ iklan yang dipasang diseluruh pelusok negara yang mewarwarkan kembali kemunculan Makushakhashitad..

Setelah dikerah menjalani pertapaan di tempat yang telah ditetapkan...maka..kami MAkushakhashitad bergabung kembali bagi menggamatkan suasana yang sedia gamat di ISM...Nantikan tayangan perdana filem pertama kami arahan En. Desa Mat Rabi pada 18 April 2009 ini dan Theater terulung yang tiada tolok bandingnya di Malaysia mahupun di dunia bertempat di Auditorium Institut Sosial Malaysia Kuala Lumpur..semua dijemput hadir..

Wednesday, April 8, 2009

Kumpulan Dikir Rebana Felda Palong Satu

Inilah otai-otai Persatuan Dikir Rebana Felda Palong Satu (FP1)...suma ahli ada 22 org..yang ada dalam gambar nie baru separuh jer nie..
yang berdiri paling kanan yang segak bergaya tu ayahanda aku yang tercinta..merupakan antara orang kuat Persatuan Dikir Rebana FP1 nie.

ni aksi aku tengah main dikir duduk masa persandingan sepupu aku Semeran kat Klang..

yang kecik muke nakal nie adalah pelapis yang bakal mewarisi kesenian warisan berzaman nie..

yang ni lak aksi aku tengah buat tarian piring..bukan piring terbang ha..kalo orang n9 kata tarian piring ni terinai..ni masa akak ipar aku bersanding..kompom pempuan yang tengah bersanding tue akak ipar aku..yang lelaki tu laki dia la merangkap biras aku..aku n isteri aku dulu pun camni gak masa bersanding kat umah dia..mana ada pelamin-pelamin..orang amerika kata sempoi...

Untuk pengetahuan para bloggers suma..aku nie merupakan ahli kumpulan Persatuan Dikir Rebana Felda Palong Satu yang kini telah bergabung dengan ahli dari Felda Palong 5 dan Palong 6 di N9...mungkin ada yang tak pernah dengar apa itu dikir rebana..dikir rebana adalah warisan berzaman yang dimainkan bagi mengiringi pengantin berarak dengan hayunan rebana serta mendendangkan ayat-ayat dari AL-QURAN yang dialun dan diiramakan supaya sedap telinga para hadirin yang mendengar. Dikir rebana juga dimainkan bagi mengiri majlis kebesaran atau keraian..lebih kurang macam kompang gak la dikir rebana ni...cuma bezanya kompang korang akan dengar depa melalak menyanyikan lagu pengantin baru serta lagu moden yang diubah suai supaya sesuai untuk didendang bersama paluan kompang macam lagu sebak nyanyian ukays tapi lagu kitorang adalah sama setiap masa dari awal hinggalah dunia kiamat coz...kitorang kan mendendangkan ayat-ayat Al-Quran..so..memang takleh nak diubah suai la...Berbeza dengan rebana ubi di Perak coz kalo tak silap aku depa pun ada bawak dikir atau lagu dalam loghat perak gak..tapi aku agak kecewa la ni coz tak ramai anak muda skang nak join persatuan camni...yang memperjuangkan khazanah tinggalan berzaman nie hanyalah orang-orang tua yang kebanyakannya dah ada sakit jantung,kencing manis dan darah tinggi jer..
P/s : Kalo ada sapa-sapa nak bersanding dan ingin diiringi dengan paluan dikir rebana dari N9 nie..kontek jer aku atau ayahanda aku ditalian 06-4628244...kami menyediakan pakej berarak siang, berarak malam, dikir duduk dan juga tarian piring @ terinai...hehehe..promote ar plak..

Thursday, April 2, 2009

Aku Di mana Episod 2

Korang jangan ingat ni Tasik Titiwangsa KL atau Tmn Tasik Negara Pahang.. ni adalah Tasik Danau Toba...Tasik buatan manusia ke-3 terbesar di dunia dan terbesar di Asia Tenggara...Fakta ni..kalo aku silap korang bagitau aku smula...aku amik gambar ni masa aku ikut trip 4 malam 4 hari ke Indonesia anjuran opis isteri aku pada bulan Dis 2008 yg lalu..

Aku n Buah hati aku kat atas Gunung Simarjarunjung...yang penting aku nak tunjuk kat korang...belakang tulah Tasik Danau Toba tu..

Inilah bas kepunyaan agensi yang membawa kami sepanjang berada di Medan dan Sumatera Utara sepanjang percutian tersebut..Trimas pada Pak Lompo;pemandu pelancong kami..


kami dihadapan Restoran Lubuk Idai yang terkenal di Medan..makanan kat sini di tanggung halal dan menu utamanya adalah nasi padang...bukan makan nasi kat padang tau..
Kami di hadapan Hotel Sibayak Berastagi yang terletak di Daerah Sumut...Indonesia...ni salah 1 hotel yg jadi tumpuan pelancong kat Endon..

Kami setelah terbang dari Malaysia dan selamat mendarat di Indonesia menaiki pesawat Air Asia..Everyone Can Fly...

aku n c kcik yg nakal masa tengah tunggu flight yang delay selama 5 jam kat Medan sebelum pulang ke Malaysia..Ktorang p n balik naik Air Asia jer..

ni lak kat depan peta di Pulau Samosir...salah satu perkampungan suku bayak yang terkenal sebagai pahlawan di Indonesia..Kira samseng negara la ni..cam Makushakashitad samseng ISM gak kot...

Ni kat dalam istana...bukan istana budaya..tapi istana tinggalan Raja pemerintah pertama di Medan..tapi nama dia aku dah lupa la...Raja Shahril Azmi kot...

Inilah ahli-ahli rombongan yang kesemuanya merupakan keluarga staff Opis isteri aku..tapi opis tu bukan isteri aku yang punya...bukan jugak Ahmad Albab yang punya..thanks to Pejabat Kecil Daerah dan Tanah Gemas coz bagi kesempatan aku bawak isteri n anak aku melancong luar negara...

Wednesday, April 1, 2009

Aku Di Mana Episod 1

Ni masa aku n anak isteri p tengok bos kahwin kat Batu Pahat..Johor...Tahniah lah Boss..Boss a.k.a PKMD aku yang pempuan tue..Cik Nur..Eh..Pn Nurkhairyani Anak cik Awang..

Ni lak ngan Femly mentua tengah nak borong ikan kat Tmn Ketereh...Kelate..

Yg ni lak Femly Gathering kat...korang baca la signboard kat atas tue... kat negeri Pahang nie..

Aku n buah hati kat Zoo Negara Melaka..bawak anak aku tengok binatang..stat dari sini sampai skang anak aku rajin sebut jajah..jajah tu maksudnya gajah...sampai terpaksala atok c kcik ni beli patung gajah...macam tahap peminat setia la ><.

yg ni ktorang kat Specials Olypics Malaysia...Sukan utk OKU..aku jadi Ketua Unit Buletin utk JKMM masa nie..