Saturday, March 21, 2009

kalis di kejarkan ke spital

Team Kursus sempat berposing meraikan kemenangan manakala Khalis sedang menahan kesakitan sebelum di kejarkan ke spital.

MU & Liverpool bergabung membantu khalis yang sedang separa sedar a.k.a mayong..pemain tongak team kursus Shidi torres(kanan) dan penjaring gol perlawanan ni..aku la Shahril Teves..

Hari Khamis lepas 19.03.09 kami pserta Kursus Asas Sosial mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di padang STB Sg Besi dengan Pasukan JKM Wilayah.Perlawanan berjalan dengan sengit sekali. Pasukan kami mendahului 1-0 pada minit yang ke 25 dengan gol yang dijaringkan oleh Aku sendiri, gol penyamaan oleh pasukan lawan 7 minit selepas itu menjadikan kedudukan seri 1-1, sebelum berakhir perlawanan kami mendahului sekali lagi dengan gol sendiri pihak lawan hasil dari bola lintangan aku yang mencari Asrin lalu terkena oleh pemain pihak lawan yang di kenali dengan nama Joko menjadikan kedudukan 2-1. Dengan keadaan tertekan untuk memenangi perlawanan tersebut Pasukan Wilayah banyak beraksi dengan aksi yang agak keras sehinga menyebabkan lastman kami yang juga ahli kumpulan MAKUSHAKASHITAD iaitu Kalis telah di bentes dengan kasar sehingga menyebabkan beliau terpaksa di usung keluar padang dan terus dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dalam keadaan yang tidak berapa sedarkan diri. perlawanan terpaksa dihentikan dengan serta merta.Walaubagaimanapun pasukan kami dikira sebagai pemenang.ini adalah perlawanan kedua setelah kami memenangi perlawanan menentang staf ISM dengan keputusan 3-2.Kami ahli kumpulan Makushakhashitad telah menghantar kalis ke HUKM dengan dibantu oleh En. Lan Bo ketua consultant utk xtvt petang kami.Menurut maklumat awal dari pembantu perubatan menyatakan yg Kalis mungkin terpaksa tido dalam wad, namun pemeriksaan lanjut oleh doktor membolehkan kami semua pulang ke ISM pada jam 2 pagi..Sebona eh kalis yang dogil nak balik....

No comments: