Saturday, March 21, 2009

MAKUSHAKHASHITAD

Inilah Makushakhashitad.. berdiri dari kiri Khalis, Shidut, abg Kus,aku Shahril, Ustad NirOne & MCMrinz. Duduk dari kiri Bidi & Adli..

Inilah Makushakhashitad yang kepala gila-gila ala samseng 60'an tapi berhati kebajikan.

Semenjak dan sepanjang Kursus ni kami telah mengalami terlampau banyak idea kerana mendapat banyak ilmu yang dicurahkan melimpah-limpah, sehinggakan kami telah terkeluar idea yang tidak disengajakan. Kami telah menubuhkan satu kumpulan yang disegani di dalam kelas kami sewaktu berkhusus. Idea tersebut adalah timbul kerana barisan kami yang duduk di belakang telah terlampau hyper aktifnya dengan memberi respon sewaktu kursus, kami telah menggabungkan nama kami, Marinds, Kuswadi,aku Shahril, Khalis, Shidi, Ustad sehingga menjadi MAKUSHAKHASITAD. Dua orang ahli baru kami ,barisan yang duduk di depan kami adalah dilantik sebagai AJK kami iaitu Adli dan Midi a.k.a Jambu. Kewujudan kumpulan MAKUSHAKHASITAD ini juga amat digeruni dalam kepakarannya didalam permainan bola tampar dan bola sepak, dimana kami telah membuat rekod tidak pernah kalah semenjak berada di ISM sini. Kami juga dilihat oleh peserta kursus yang lain sebagai amat menggerunkan kerana kehavokan kumpulan kami yang sentiasa menimbulkan huru-hara dan menghidupkan suasana ketika di dalam kelas.Selain itu, walaupun nampak ganas, tetapi kumpulan kami ini mempinyai displin yang sangat tinggi dan tidak pernah datang dan lewat masuk ke kelas, kerana didalam hati kami sudah terapkan nilai "Panctual every time". sekian dulu laporan kewujudan kumpulan kami MAKUSHAKHASITAD.

No comments: